Posted by ilamaj wasimi on 12:59 AM

Kami melabuhkan punggung lelah perjalanan
Persis di bawah khemah diantara pohon tembusu dihalaman rumahmu
Kami datang buat mengukuhkan tali siratulrahim yang kian genting sejak bertahun itu
Kami khuatir ada diantara kita yang menyimpan prasangka terhadap saudaranya
Apabila mereka mengatakan ; lebih baik tak mengundang si anu ke majlis kita
kalau diundang pun pasti dia tidak datang
Daripada menyusahkannya, lebih baik tak diundang
(Maaf, jika aku cuba membayangkan si pengantinmu sebagai bunga senduduk yang memeriahkan hidup sekeluarga)
Kami takut 10,20,30 tahun nanti
Mereka tidak saling mengenali
Bahkan tidak pula mahu pula mengaku bersaudara

Boyz from Alma
(dedicate to 6 Mawar 1992 s.k.alma)

0 comments: